Bismillahirrahmanirrahim.
Izinkan aku ya Allah ya Rahman ya Rahim.
Izinkan aku menjadi yang terbaik buat sang suami dan keluarganya,
Bila tiba saatnya,
Biar siapapun dirinya,
Dan bagaimanapun keluarganya.
Aku mungkin menjadi miliknya,
Kerana syurgaku ada padanya,
Dan redha Tuhanku bersama redhanya.
Tapi belum tentu dia menjadi milikku,
Kerana syurganya ada pada ibunya,
Dan redha Tuhannya bersama redha ibunya.
6 Dis 2011
ps - tersimpan kemas dalam draf. maaf atas ke'bisu'an yang melanda. muhasabah dan refleksi diri tahun 2011, juga azam 2012 perlu kemas dirancang. TERLALU banyak yang berlaku, membuatkan saya bisu dan kaku mahu mengetuk papan kekunci di sini. Allah, peluk aku jangan Kau lepas!

1 comment(s):
Ya Allah..
Semoga apa yang dihajati tercapai...
"dalam hidup ada jalan betul dan salah...jalan betul sangat payah dan berliku..jalan salah amat mudah dilalui...sememangnya jalan salah menjanjikan kebahagiaan pada awalnya...tapi kesengsaraan bakal menghantui hidup kita kelak..sebaliknya...jalan betul pula amat perit dan mencabar pada awalnya....tapi menjanjikan kebahagiaan hakiki pada akhirnya..."
InsyaAllah..
Post a Comment