Yang kali ni khas untuk Cik Syafa. Sebab dia dah bising-bising sangat minta hapdet belog. Padahal tak bersawang lagi pun. Disebabkan cuti ni dia dan ibunya baru beli oven, maka akak nak hadiahkan kamu resepi ni. Buat tau nanti! ^^
Puding Roti
6 keping roti
1 sudu besar butter
1/2 cawan gula perang
1 sudu besar tepung (ana guna tepung naik sendiri)
1 biji telur
1 sudu besar butter
1/2 cawan gula perang
1 sudu besar tepung (ana guna tepung naik sendiri)
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan susu cair
2 sudu besar madu
1/2 cawan kismis (optional)
Cara-cara:
1. Panaskan oven dengan suhu 180 darjah celcius.
1. Panaskan oven dengan suhu 180 darjah celcius.
2. Potong roti menjadi kiub-kiub kecil. Sekeping roti potong 16.
3. Gaul gula dengan butter sampai sebati dalam mangkuk lain, pakai whisk. (whisk tu pemukul telur.)
4. Masukkan telur dan kacau sampai sebati.
5. Masukkan tepung, esen vanilla, dan madu.
6. Masukkan susu cair sedikit demi sedikit.
7. Masukkan roti yang dipotong tadi ke dalam adunan. Gaul sampai semua roti disalut adunan tadi.
7. Masukkan roti yang dipotong tadi ke dalam adunan. Gaul sampai semua roti disalut adunan tadi.
8. Biarkan roti tu kembang. Lebih kurang 5 minit.
9. Sapukan butter pada loyang dan tuangkan adunan tadi ke dalam loyang.
9. Sapukan butter pada loyang dan tuangkan adunan tadi ke dalam loyang.
10. Taburkan kismis atas adunan. (nak gaul sekali dalam adunan pun boleh.)
11. Bakar selama 45 minit.
12. Sedap dimakan semasa masih panas bersama kuah kastard. :)
Kuah kastard:
1 1/2 cawan susu cair
2 sudu gula
2 sudu tepung kastard
Cara-cara:
1. Masak susu dengan gula atas api sederhana sampai panas. (agak-agak gula dah cair.)
2. Masukkan tepung kastard yang dah dilarutkan bersama sedikit air. (masukkan sikit-sikit, takut terlebih nanti pekat sangat jadi puding kastard pulak. :D )
ps - resipi dicedok dari sini. *jazakillah ukhti!*
pps - first time kongsi resepi. sebab kawan ana pesan jangan tunjuk pandai sangat masak, nanti mak mertua demand. dan kawan ana tu dah kawin. disokong pula oleh rumet-rumet yang masih bujang. hehe. :D *perasan*
ppps - maaf gambar tak cantik. sebab pakai kamera fon je. 2.0 mp tanpa flash. *syukur*


4 comment(s):
SEdapnya!!!!!! dah beberapa tahun tak makan, dulu memang fevret. Sekarang pon fevret tapi takde merasa dah,huhu.yumm, terliur sat
hehe. try la masak sendiri. lagi nikmat, insyaallah. :)
resepi ni grenti jadi ka??huhu
ana try sekali je, alhamdulillah jadi. :) ikut kepakaran dan tahap kebiasaan memasak juga sebenarnya. :)
Post a Comment