Alhamdulillah. Baru ada mood nak update sebab 2 hari lepas sempat menghadiri kenduri kahwin saudara di Gombak. :D
Teringat kembali perbualan semasa sedang makan di majlis kenduri tempoh hari...
"Ma, betui ka pengantin perempuan tu umoq 18?"
Mama jawab, "Ha la. Tak caya tanya Paklong."
Paklong jawab, "Ha betui la."
"Ha? Lagi muda dari Ati tu."
Paklong tanya pulak, "Umoq berapa?"
"19." Sambil sengih.
"Boleh dah la. Tak payah simpan lama-lama noh." (Tak faham sangat part ni.)
Paklong tanya lagi, "Ada dak lagi?"
"Tak dak." Sengih lagi.
*****
First and foremost, thanks a lot for reading my latest post before this one. And thanks for the comments. Jazakumullahu khairan kathira. Majoriti positif, tapi tak bermakna ana akan kahwin dalam masa terdekat tau? I mean, bukan tahun ni. Ok, joke.
Hmm. Kenapa? Memang seronok cakap pasal kahwin. Siapa tak nak? Tapi, janganlah sekadar cakap kosong. Ana tak nafi, pandangan ramai sahabat yang rapat dengan ana (terutama yang di UIA) sangat menggalakkan kahwin awal. Tapi cakap kami bukan cakap kosong. Tak salah mencari, tapi biar usaha untuk menjadi juga diperhebat lebih kuat daripada mencari.
Soal menjadi 'soleh/solehah', sampai saat lafaz sakinah pun, usaha itu akan tetap berterusan. Banyak tips tentang persediaan ke arah itu, boleh cari rata-rata kat blog orang lain yang banyak berbicara soal ini. Kebanyakan tips adalah tips yang praktikal. Tapi tak banyak ana jumpa tips secara teori. Maksud ana, membanyakkan bahan bacaan tentang perkahwinan, rumah tangga, dan pendidikan anak-anak.
Terpulang lah nak baca buku apa. Tapi yang highly suggested, Trilogi Aku Terima Nikahnya tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Sebab ia ditulis berdasarkan pengalaman sebenar penulis. Other than that, pandai-pandailah pilih ikut citarasa sendiri. :)
Kalau nak buku yang fokus tentang komunikasi suami isteri, boleh baca Men Are from Mars, Women Are from Venus by John Gray. Ustaz Hasrizal sendiri yang suggest buku ni. Ada jugak yang sahabat ana baca, Cintai Suami Jangan Separuh Hati.
Kalau rajin lagi, tambah buku Tarbiyatul Aulad tulisan Abdullah Nasih Ulwan. Or at least, Didik Anak Gaya Rasulullah terbitan PTS.
Dan wajib untuk bakal-bakal suami, tambah lagi satu buku; Fiqh Mar'ah (Fiqh Wanita). Kerana kami istimewa. :)
Nampak banyak kan? Tapi kalau belum mula langsung, memang lagi banyak. Sekurang-kurangnya, mulalah dari sekarang. Memang ternyata kita tak tau masanya bila. Mungkin 4-5 tahun lagi. Atau mungkin tahun depan. Siapa tahu? Yang penting, usaha perlu bermula dari sekarang. Moga Allah permudahkan urusan kita.
Dan persoalan sama ada tergesa-gesa, ataupun segera yang diajar oleh Nabi, ana kongsikan di sini;
Kalau nak buku yang fokus tentang komunikasi suami isteri, boleh baca Men Are from Mars, Women Are from Venus by John Gray. Ustaz Hasrizal sendiri yang suggest buku ni. Ada jugak yang sahabat ana baca, Cintai Suami Jangan Separuh Hati.
Kalau rajin lagi, tambah buku Tarbiyatul Aulad tulisan Abdullah Nasih Ulwan. Or at least, Didik Anak Gaya Rasulullah terbitan PTS.
Dan wajib untuk bakal-bakal suami, tambah lagi satu buku; Fiqh Mar'ah (Fiqh Wanita). Kerana kami istimewa. :)
Nampak banyak kan? Tapi kalau belum mula langsung, memang lagi banyak. Sekurang-kurangnya, mulalah dari sekarang. Memang ternyata kita tak tau masanya bila. Mungkin 4-5 tahun lagi. Atau mungkin tahun depan. Siapa tahu? Yang penting, usaha perlu bermula dari sekarang. Moga Allah permudahkan urusan kita.
Dan persoalan sama ada tergesa-gesa, ataupun segera yang diajar oleh Nabi, ana kongsikan di sini;
Namun, satu perkara penting yang perlu dicatat di sini adalah: meskipun berkahwin sebaiknya segera dilaksanakan dengan tidak perlu menunggu matang dari segi kewangan, bukan bermakna berkahwin boleh dilakukan tanpa sebarang persiapan. Segera berkahwin jika telah cukup umur dan telah mempunyai calon pasangan berbeza maknanya dengan tergesa-gesa berkahwin. Orang yang tergesa-gesa biasanya lebih cenderung kerana terdorong oleh kepentingan nafsu semata-mata sehingga mengabaikan persiapan. Sedangkan segera berkahwin adalah keputusan yang bermula dari kesedaran akan terdapat mudarat jika tidak segera berkahwin dan memberi manfaat jika segera berkahwin.
Oleh yang demikian, sekali lagi, segera berkahwin bukan bermakna bermula dengan tergesa-gesa tanpa persiapan. Dan, persiapan yang dimaksudkan di sini bukanlah persiapan dalam makna harta atau dari segi ekonomi. Bukan sebagaimana yang sering difahami orang pada umumnya, bahawa belum bersedia berkahwin biasanya hanya kerana belum bersedia dari segi ekonomi. Namun, persiapan yang lebih dimaksudkan di sini adalah persiapan yang bersifat bukan harta iaitu persiapan rohani, atau persiapan psikologi atau persiapan mental.
- Petikan daripada buku 'Kahwin Sekarang? Siapa Takut!' tulisan Akhmad Muhaimin AzzetBuku ni sebenarnya nak dihadiahkan pada sahabat yang akan bertunang hari ni. Tapi ana minta izin untuk baca terlebih dahulu. Jazakillahu khair. :)
*****
Dan dedikasi post kali ni istimewa buat sahabat yang akan melangsungkan majlis pertunangannya sebentar sahaja lagi. Sedang dalam debar menanti rombongan pihak lelaki tu. :)
Teringat kembali kisahnya berkenaan urusan jodoh. Dia tak pernah menyangka jodohnya akan datang secepat itu. Cuma beberapa bulan sejak 'bicara hati ke hati' berlangsung bersama ibunya. Ok lagi lah. Paling cepat pernah ana dengar, tak sampai sebulan pun. :)
Insyaallah majlis pernikahan dan perkahwinan akan dilangsungkan selepas tamat asasi tahun depan. Doakan sahabat ana ya. :)
ps- sejak kebelakangan ni ramai juga sahabat yang mengadu mahu kahwin awal dengan niat yang tulus, dah mulakan persiapan, tapi hasrat tu ditentang oleh keluarga. ana sendiri pun buntu untuk membantu. sebab diri sendiri pun belum cukup terbantu. :) kalau nak tips, boleh klik sini. moga bermanfaat! ^_^

5 comment(s):
OOoo.Yang men are from mars,women from venus dah bace.And buku-buku sambungan dia pon dah ada yang baca.Anddd also..buku by Barbara something-something.Real good.HAHA.And..Why Men lie and women cry..and lagi satu tak hingat,something like why women cant read maps blaa.blaa..HAAA buku tuhh best!!!Ok.Buku yang ditulis oleh penulis melayu belum lagi pula :/
budak TESL, takleh nak kata apa la. :D
HAHA ;p Bukanlah. Books kat Malaysia expensive :/ Yang dinyatakan tu semua dibeli ketika kat sana. Haii tunggu elaun masuk :)
kat sana? where have u been actually?
Assalamualaikum Izzati :)
Pertama sekali klik pada entri ni sebab tertarik pada gambar buku. Hahah...Kedua, baru jeling pada tajuk. "Oh, pasal kahwin cepat" :D
Teringat kata-kata seorang ustaz, jika tidak dapat atau tidak mampu kahwin awal janganlah menghampiri ke arah kahwin awal. Maksudnya no coupling, no jeling-jeling muslimin atau muslimat lain.
Jaga hati, jaga akhlak dan peribadi. Semoga dipertemukan dengan jodoh yang soleh :) Amin..
p/s : Terima kasih singgah ke teratak akak, baru sekarang dapat berziarah. Salam perkenalan.
Post a Comment