11/11/11
Tak ada apa yang istimewa dengan tarikh ni. Cuma memanglah, kalau nak kahwin atau buat apa-apa event, senang nak ingat anniversary kot?
Ana berkira-kira, entah berapa ramai pasangan yang dinikahkan semalam? Dan al hasilnya, harini dan esok ada banyak kenduri kahwin. Tadi sempat pergi satu.
Berkira-kira kos perbelanjaan kenduri tersebut, rasa macam tak cukup jari. Allah...
"Abah, kenduri macam ni selalunya berapa banyak belanja?"
"RM 20 ribu, boleh jugak cecah RM 25 ribu."
"Abah tau kan kenduri macam ni, tak sunnah pun duduk lama-lama. Boleh mai makan lepas tu minta diri."
Abah angguk.
Hmm...
Duduk makan-makan, macam-macam ragam orang ana tengok. Asal ada kenduri kahwin, takkan nak cerita pasal mati? Cerita kahwin jugaklah yang disembangkan. Diam. Lebih seronok bersenda gurau dengan adik-adik daripada mempedulikan perbualan orang sekeliling. Tapi ada satu yang lekat dalam kepala. Ana sekadar mendengar, tak terlibat dengan perbualan tersebut sama sekali.
Duduk makan-makan, macam-macam ragam orang ana tengok. Asal ada kenduri kahwin, takkan nak cerita pasal mati? Cerita kahwin jugaklah yang disembangkan. Diam. Lebih seronok bersenda gurau dengan adik-adik daripada mempedulikan perbualan orang sekeliling. Tapi ada satu yang lekat dalam kepala. Ana sekadar mendengar, tak terlibat dengan perbualan tersebut sama sekali.
"Umur you dah berapa?"
"23." Jawab pemuda tersebut.
"Tak ada lesen lagi. 25 ke atas baru ok."
Dalam hati ana cakap, "What?"
Tak kesah kalau tak kenal. Tapi ana kenal. Sekadar kenalan lah. Ada jugak diorang sembang sebut pasal 'buaya fren' ke 'geli fren' entah.
Tang tu bangga pulak diheboh-hebohkan? Ok. Sangat pelik dengan orang zaman sekarang.
Couple, dating sini sana sampai 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 tahun tak pernah nak bagi alasan, tapi kalau suruh kahwin, banyak pulak alasan?
Yang haram tak pernah ambik kesah, tapi yang halal cukup berkira?
Aduh. Sungguh dari saat tiba di rumah pengantin, terlihatkan susana yang tak menyedapkan hati, memang rasa nak menangis. Hati dah pun merintih, dan terus berbisik macam-macam.
Sangat teringin nak menghadiri dan melihat walimah yang penuh barakah. Sederhana, tapi cukup membahagiakan. Tak ada pasang lagu kuat-kuat, siap upah deejay segala bagai. Buang duit. Orang pergi kenduri nak makan, nak sembang-sembang erat silaturrahim. Tak logik sungguh kalau ada PA system yang melampau tahap kebisingannya. Tak betah nak duduk lama-lama.
Dah, itu satu. Nak cerita pasal kenduri ikut sunnah, panjang pulak nanti. Lagipun tak layak nak 'bising-bising' sangat sebab 'belum cukup umur'. Kononnya. Maka, diam je lah yang termampu.
Kahwin awal?
Tapi, yang kedua, sejujurnya semalam ana jumpa seorang ukhti yang dah lama tak ketemu. Topik kami? Baitul muslim.
Tapi, yang kedua, sejujurnya semalam ana jumpa seorang ukhti yang dah lama tak ketemu. Topik kami? Baitul muslim.
Betapa ukhti sangat menggalakkan ana dan sahabat-sahabat untuk melengkapkan separuh agama awal-awal.
Kata ukhti lewat FB,
"Bagus apa menyempurnakan sebahagian dari agama awal-awal. Banyak akak dapat kisah dari adik-adik yang telah melaksanakannya. Begitu juga akak. Kiranya tahu nikmat dan indahnya dapat melaksanakan awal dulu, pasti akak lakukan tika zaman IPT lagi. Demikian juga kata sahabat-sahabat seangkatan yang sudah nikah. Subhanallah, banyak yang kurang ditambah apalagi diperluaskan-Nya. Kepada sesiapa pun, akak suka khabarkan, bernikahlah pasti kalian akan merasakan nikmat dalam apa pun yang dilaku. Utamanya, nikmat dalam beribadah apalagi dalam berdakwah! Subhanallah."
Ukhti hadiahkan ana buku dari Indonesia bertajuk '24 Jam Sebelum Menikah.'
Ana terpana. Sungguh.
Banyak yang dibicarakan dengan ukhti. Tapi hanya seputar baitul muslim, belum sampai kepada apa-apa perancangan teliti apatah lagi berkenaan calon suami. Jangan risau. :)
Kahwin awal? Terlalu banyak persoalan yang perlu dirungkai sebelum membuat keputusan.
Dan persoalan-persoalan itu hakikatnya telah pun terjawab. Bukan sekadar logik, tapi bersama dalil. Dalil yang merupakan janji Allah.
'Jangan nak gatal, belajar bagi habis dulu.'
Haaa. Klise sangat lah.
Kawan-kawan dah ada 'buaya fren' dan 'geli fren', berkepit sini sana, tak gatal pulak?
Saat remaja dah ubah 'fitrah' jadi 'fitnah' tanpa ada apa-apa halangan, mereka yang mahu meraikan fitrah dengan cara yang halal pula mendapat tentangan hebat?
Pelik! Dunia dah semakin pelik.
Tak mengapa. Bicara emosi kali ni takkan merubah apa-apa sama sekali, melainkan dengan izin-Nya jua. Kerana diam dan bisu tetap mengisi kebanyakan bicara bila ada yang mempersoalkan. Ini pun baru sedikit. Bimbang andai berlebih-lebihan, dianggap dah gatal sangat. Bimbang juga ada hati yang tak berkenan, kemudian tersinggung dengan post kali ni. Maaf ana pinta.
Tapi ketahuilah, dalam diam itu, hati tetap berbicara, tanpa putus asa berdoa.
Hajat kami (ana dah sahabat-sahabat yang sangat mengimpikan Baitul Muslim) selain mahu melengkapkan separuh agama, menghadirkan ketenangan dalam jiwa, menundukkan pandangan, ada satu yang utama. Bahawa kami ingin menjadi 'role model' kepada masyarakat, bukan sekadar mencanang-canang sini dan sana tentang 'couple itu haram', tapi mahu memberikan inisiatif, betapa Islam sangat meraikan fitrah dengan jalan yang sangat terpuji iaitu nikah, terutama di usia muda.
Cukuplah hati-hati kami merintih sedih melihat rakan-rakan sebaya di luar sana semakin hanyut. Bilangan anak luar nikah bukannya berkurang, malah bertambah! Ada yang ditegur tapi buat tak endah. Sedar betapa jiwa muda sentiasa bergolak, mahu saling kasih mengasihi. Bukan menolak kasih yang ibu bapa beri, tapi fitrah insani itu tak mungkin ternafi. Nikah awal sebagai salah satu jalan dakwah kepada masyarakat umumnya, tegakah dihalang?
Maaf andai ada hati yang terguris. Cara penulisan memang dah bercelaru. Akibat dah lama tak menulis. Tambah pula dengan emosi yang dahagakan tarbiyah yang telah lama tak dirasakan kedinginannya. Maksud post ana pun entah ke mana. Insyaallah kalau diizinkan, akan ditulis yang lebih teratur.
Ana menulis bukan kerana dah gatal mahu kahwin awal, sama sekali tidak. Tapi mahu difahami. Dan ana yakin, ada yang memahami. Ana juga mewakili sahabat-sahabat sefikrah, bukan kehendak peribadi sama sekali.
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur; 32)
Sungguh, janji Allah itu benar. Masih mahu buat tak peduli?
ps- i don't even know from where i have the courage to write this post. may Allah bless.
pps- ukhti, jazakillah atas inspirasi. :)

12 comment(s):
"Saat remaja dah ubah 'fitrah' jadi 'fitnah' tanpa ada apa-apa halangan, mereka yang mahu meraikan fitrah dengan cara yang halal pula mendapat tentangan hebat?"
ya ia mnjadi satu masalah
tetapi masalah x selalunya menang.
ana setuju apa yg enti katakan.
jazakillah ya ukht...
smoga mujahadah milik kita bersama dalam meniti zaman fitnah ini dan dipermudahkan jodohnya,,amin
salam.. =)
suka dan setuju dgn pandangan awak..
maaf ya sbb dah share kat fb sblum bgtau awak..
mantap seyhh~ :D suka2 post ni, cuma...nak kawen awaL, tapi xde jodoh lagi..hehehehe~~ barakallah.
hanya bisa tersenyum apabila membaca entri kali ini :) bukan menyindir, tetapi mengiyakan jauh di sudut hati. sejujurnya, tak terbayangkan siapa2 sebaya mendirikan baitul muslim dalam masa terdekat ini tapi biasalah, kita hanya merancang tetapi Allah yang hanya menentukan. tahniah untuk entri yang simple tapi bermakna. jangan risau, tersusun sahaja gaya penulisannya ;) Allah yubarik fik ^^
wahhh!!! Like3. Lagi2 bab kahwin awal hendak dikata gatal, couple tidak pula ? setuju2. I want a facebook like button :'( haha.
Post yang mantap! Syukran atas perkongsian :))
nikoh jange x nikoh!
nice :)
Jundullah,
ramai yg anggap berkahwin itu ada risikonya. tapi bukankah risiko bagi orang yg belum berkahwin itu jauh lebih besar? faham maksud ana?
Muiz,
moga dipermudahkan semuanya. thanks for reading.
Wan Anis,
it's ok. apa yg baik, kongsi2kan lah. ilmu tu milik Allah, bukan saya. rindu awak, budak comel. :D
Hafizah,
calon takde lagi? maka berusahalah. jodoh itu rezeki. dan rezeki takkan datang bergolek. :)
Sofiah,
lepas ni kalau ada budak batch kita yg kahwin dulu, kena buat kempen besar2an. hehe. moga Allah hitung mujahadah kita dan permudahkan urusan yg satu itu. tak sabarnya nak tengok kawan2 mendirikan baitul muslim. i wonder who will be the first? hmm. ^_^
Soffea,
fb like button in progress. hehe. thanks for reading dear. :)
pi-er,
:)
nabilah,
thanks for reading. :)
salam izzati! brilliant post! lg bersemangat nak kahwin awal.. doakan akak ye :D hihi
kak zati,,
like, like, like.
moga segala urusanmu dipermudahkan.
dan berjaya m3mbina baitulmuslim contoh idaman marah solehah.
ameen~
:)
Kak Lia, jemput ye. :)
Husna, doakan. :)
Post a Comment