Alhamdulillah, kesibukan ini mengundang nikmat. Senggang waktu yang ada sememangnya dikhususkan untuk berehat (terutama pada hujung minggu), tanpa ada 'yang lain' mengganggu. Terutama yang satu itu. Alhamdulillah. :)
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
Jauh tapi dekat. Sungguh.
Pada mulanya merisaukan kesibukan yang melanda mampu 'menarik' diri jauh daripada Dia. Sedikit sebanyak, ana akui, memang ya. Tapi, dalam ke'jauh'an itu, kebergantungan diri pada Dia makin kuat. Kerana kesibukan ini bukan kerana urusan duniawi semata-mata. Kesibukan ini demi mencari redha-Nya jua. InsyaAllah.
Memang, ini yang dicari. Dan ana juga akui, berada di fasa ini, banyak yang telah dan masih perlu dikorbankan dan terkorban. Banyak juga yang dipelajari. Terutamanya tentang pengurusan diri. Baik dari sudut emosi mahupun jasmani. Alhamdulillah.
Dan sekarang, mencari sesuatu untuk mengisi lompong waktu semasa cuti nanti. 3 bulan? Sungguh, tak mahu yang pernah terjadi berulang lagi. Cuti untuk dimanfaatkan sebaik mungkin. Bukan disia-siakan begitu saja. Sampai terasa 'kosong', dan memudahkan 'yang tidaktidak' datang bertandang. Apa pun, Tuhan lebih tahu bukan?
Moga dikuatkan!
ps- mohon maaf atas semuanya ya? terutama pada yang dah lama tak dihubungi. sejak kebelakangan ni, penyakit short term memory lost seringkali mengganggu. hee.
pps- memasuk fasa ke-3 bulan ramadhan. sudahkah rahmat dan maghfirah itu digenggam? muhasabah yuk! ^^,
pps- memasuk fasa ke-3 bulan ramadhan. sudahkah rahmat dan maghfirah itu digenggam? muhasabah yuk! ^^,
0 comment(s):
Post a Comment