Alhamdulillah. Tak terasa masa memang begitu singkat. Moga-moga amal kebaikan yang telah diperbuat, diterima oleh-Nya. Dan yang menambahkan dosa, moga diampunkan-Nya. Amiin.
Yup, untuk adik-adik.
Semalam dah ada yang mendaftarkan diri di UITM. Jam 12 masih di dewan. Hehe. Biasalah, proses orientasi memang begitu. Maka, mahukan amanat ya? Nanti akak cuba tuliskan apa yang termampu di sini.
Minggu lepas pun ada yang dah mendaftarkan diri di INTEC untuk persediaan timur tengah.
Tak tahulah kenapa, tahun ni ramai adik-adik yang dapat tawaran ke luar negara. Yang rapat dengan ana lebih-lebih lagi. Ramai yang ke US pula tu. Subhanallah!
Calon-calon yang bakal mengepakkan sayap tidak lama lagi; Zalikha, Syuhada, Syazana (tiga2 mereka adik dorm. ok, akak rasa tercabar.), Adilla, Lisya, Ama, Liyana, Afiq, Hasif, Syahir, Akhiar, Harith, dan lain-lain.
Buat adik-adik DQ yang mohon penangguhan, moga berjaya lah ya? Macam-macam cerita ada. Baik banin mahupun banat. Tapi dengar cerita senior kalian yang seorang itu tak jadi ke luar negara, sekadar menyambung di UIA. (boleh calonkan dia jadi presiden ADC yang akan datang. hehe.) Indeed, we never know kan?
Yang masih setia di Malaysia; Syafa, Anis, Aimi, Atirah, Farah, dan lain-lain.
Yang tak dapat ke luar negara, jangan sedih-sedih. Akak masih di sini untuk temani kalian. Hehe. Tak dapat ke luar negara bukan bermakna tak hebat tau? Tapi sebenarnya kalian memang hebat sebab Allah letakkan kita di tanah air sendiri, untuk bantu anak-anak watan kita sendiri. Betul kan, kalau semua orang hebat ke luar negara, siapa nak libatkan diri untuk pembangunan ummah di tanah air sendiri? Come on guys, the nation needs us! Itu antara hikmah yang akak nampak bila akak tak dapat sambung belajar ke Jordan.
Yup, ana pernah bercita-cita mahu menjejakkan kaki di bumi anbiya' sejak di tingkatan 2. Segala maklumat tentang pengajian bahasa arab di Jordan ana cari. Dan ana tak pernah terfikir langsung nak study local je. UIA? At the bottom of the list je. Ha'ah, memang pesimis jugak masa tu. Sampailah hari keputusan SPM diumumkan, everything changed. Bukan soal keputusan. Hakikatnya ana memang layak, tapi ana tak mohon. Kenapa? Sebab bukan itu yang terbaik buat ana. Terlalu banyak dorongan untuk terus menetap di tanah air sendiri. Ya, istikharah itu kunci. Dan ana teramat sangat berterima kasih pada seorang yang sangat berjasa pada ana selama ni. Melalui dia, Allah bulatkan hati ana untuk belajar di dalam negara. Pada hari keputusan diumumkan, dia bebel macam-macam kat ana. Kemudian dia cakap dengan abah pula. Wah, siapa tak terharu? Dan satu ayat dia yang buat ana ubah fikiran, yang ana ingat sampai sekarang, dia kata macam ni. "Nanti elok-elok enti sampai Jordan, tetiba rasa nak balik Malaysia. Ha, kan payah tu. Menyusahkan mak ayah enti pula." Indeed, he knows me well. Dia tahu ana tak boleh berenggang dengan keluarga lama-lama. Ops. Hehe.
Ustaz Amin, moga Allah sentiasa berkati ustaz. Ana tak tahu macam mana nak balas budi baik ustaz. Ana rasa nak putus asa dalam bidang bahasa arab ni, ana mengadu kat ustaz. (percaya atau tak, seawal minggu orientasi lagi ana pernah rasa nak putus asa.) Ana rasa tetiba nak ke Jordan, ustaz lagi. Ana nak imtihan, ustaz juga yang support. Tapi ana rasa macam ana tak pernah bagi apa-apa pun pada ustaz. Kalau tanya khabar, mengadu atau tanya soalan bahasa arab sekali pun, ana SMS je. Ustaz jugak yang call. Ada pernah sekali tu ustaz datang ke Nilai semata-mata nak jumpa ana, bagi hadiah pada ana. Lepas tu, ukhuwah ana dengan keluarga ustaz lagi. Kak Siti, Amira dan Muiz. Yup, takdir menentukan nama anak-anak ustaz sama dengan nama adik-adik ana. Indah kan? Ya Allah, tak tahu dah nak kata apa. Teruk betul ana.
So, itu cuma secebis pengalaman. Setahun dah berlalu. Memang kejap sangat terasa. Sampai sekarang sebenarnya ana masih menyimpan hajat nak ke Jordan. Tapi sedikit demi sedikit, hikmah itu dapat ana singkap dengan izin-Nya. Ya, terlalu banyak. Tapi apa pun, impian itu pasti akan ana tunaikan jua bersama sahabat-sahabat seperjuangan nanti. Jaulah ke Jordan untuk kursus bahasa arab bersama pasukan debat. Mungkin? InsyaAllah. Doakan moga-moga terlaksana ya?
Amanat? Hmm. Semalam yang akak sempat pesan pada Atirah dan Farah, jaga diri, jaga hati, jaga iman. Yup, tiga perkara. Sebenarnya satu pun cukup. Jaga hati. Sebab hati kan raja kepada jasad? Kalau hati betul-betul dijaga, insyaAllah yang lain pun akan turut terjaga. Itu yang paling penting. Yang akan menentukan setiap tindakan kita adalah hati kita. Bagaimana mengatasi masalah di luar, menghadapi cabaran yang macam-macam, persekitaran, memilih kawan lagi. Maka hati itu perlu dibaja dengan iman. Baik hati dengan iman, maka baiklah perlakuan kita. InsyaAllah. Dunia luar sangat jauh berbeza dengan sekolah. Dalam negara apatah lagi luar negara. Kalau di sekolah dulu, ada guru yang sudi menegur. Di luar? None. Kawan-kawan pun kadang-kadang je. Tapi apa pun, insyaAllah akak tahu adik-adik akak boleh! Ni juga yang abah dan mama (yang di sekolah) pernah pesan pada kami kakak-kakak dan abang-abang. Jadi, pegang kuat-kuat ya?
Doa akak sentiasa mengiringi kalian. Yang jauh apatah lagi yang dekat. Apa pun yang kalian dapat, itu yang terbaik. Yakin! Dalam atau luar, sama je. Hakikatnya Allah tahu kemampuan kalian. Ke mana sepatutnya potensi itu dicurahkan. Allah sedang merencana sesuatu yang kalian tak jangka. Dengan syarat, teguhkan keyakinan! Jangan terlalu disesali apa yang terlepas dari genggaman, tapi bersykurlah dengan apa yang ada dalam genggaman. Kerana hakikatnya, syukur kita takkan pernah cukup. Ada yang kita tak minta pun, Allah tetap beri. Cuba fikir, pernah tak kita doa minta udara untuk kita bernafas dalam setiap hembusan. Habis tu nak menyesal apa lagi? :) Teruskan perjuangan! Moga terus thabat, diperteguhkan langkah yang goyah, dikuatkan semangat yang patah, dipermudahkan apa yang payah! Ya, Allah tak janji jalan-Nya mudah, tapi Allah janji Dia akan sentiasa bersama. Yakin, yakin, yakin!
Oh ya, teringat lagi satu perkara. Akak suka kalian pegang wasiat Imam Hasan Al-Banna terutama yang kesepuluh.
Wahai saudaraku, kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang kita ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya.Pada yang mengadu rasa bosan ke apa, fikir-fikirkan semula ya? Hidup sangat singkat. Jangan singkatkan lagi dengan perkara yang tak bermanfaat dan sia-sia. Saranan paling mudah, pergi ke mana pun, bawalah sebuah buku. Kalau ada masa terluang, bacalah. :) So, lepas ni akak tak nak dengar lagi perkataan tu tau? Carilah apa-apa aktiviti sekalipun. Biar kita sibukkan diri dengan perkara yang bermanfaat sampai tak ada masa untuk melakukan maksiat. Itu pesan Saidina Ali.
Last but not least, lots of thanks to Adilla and Syafa. Adilla, you made me become more eager to take double degree in economics. InsyaAllah, if that is the best for me, I believe He will make it easy. :) Syafa, ingat sistem barter kita ya? Hehe. Teringin nak belajar braille. Kemudian belajar arabic braille pula. InsyaAllah. :)
Untuk semua, teruskan menembak doa! Kerana doa itu senjata mukmin yang paling ampuh!
So, get a grip, hold steadfast, and BE STRONG!
Together we can change the world for a better place to live, here and hereafter. Jadikan dunia sebagai ladang tempat menanam, di akhirat nanti sama-sama kita tuai nikmat hasilnya! InsyaAllah. :)

0 comment(s):
Post a Comment