Sunday, February 26, 2012

Cerita Hati

5 comment(s)
Si kecil Hidayah yang terlena atas riba saya :)
"Belajar untuk cari ketenangan dalam urusan jodoh dan takdir. Bukan kegelisahan apatah lagi kecemburuan."

Saya tak tahu 'penyakit' apa yang merebak dalam kalangan sahabat-sahabat saya, tapi masing-masing mahu bercerita soal hati dan perasaan. Sampaikan ada pelajar UIA yang buat aduan kepada pihak perwakilan tentang terlalu banyaknya ceramah tentang CINTA berbanding topik-topik lain. Itu pun nak dijadikan isu? Ya. :)

Ada sahabat seusia saya telah pun mendirikan rumah tangga. Ada yang bakal melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. Yang itu ok lagi saya kira. Tapi yang ini, kalian pasti terkejut. Ada adik yang muda setahun daripada saya, berkahwin dengan suaminya yang sebaya dengan saya, khabarnya kini dah berbadan dua. Saya tak mengenali mereka dan mereka tak mengenali saya. Tapi cerita tentang mereka mudah tersebar di mana-mana. Hatta di luar kampus UIA sekali pun. Dan yang memberitahu saya berita itu pun bukanlah pelajar UIA! Heh, masing-masing mahu jadikan mereka sebagai role model.

Kalau bercerita tentang soal hati, masing-masing punya cerita hati masing-masing, yang punya keunikan tersendiri. Ada yang sudah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan selepas tamat asasi pada bulan 5 nanti. Ada yang sudah berpunya dan sedang dalam perancangan dengan keluarga kedua-dua belah pihak. Ada yang sedang diatur orang tengah. Ada yang dah dapat 'lampu hijau' daripada mak ayah, tapi belum ada calon. Ada yang dah ada calon, tapi belum mendapat sokongan keluarga, dan sedang berusaha ke arah itu.

Itu semua kisah sahabat-sahabat di sekeliling saya. Satu pun tiada kaitan dengan kisah saya. :)

Tapi yang menarik perhatian saya bukanlah pada 'kulit luaran' kisah cinta mereka. Tapi pada asal usul cerita pertemuan antara dua hati.

Perbualan malam tadi sungguh-sungguh 'mengetuk' perasaan sehingga membuatkan saya jadi teruja mahu mengetuk papan kekunci pagi ni. :)

Saturday, February 18, 2012

Aset ke Syurga atau Neraka?

1 comment(s)
Bismillahirrahmanirrahim.

Rabu lepas, pukul 5 petang, ana masih di pejabat SDD (Student Development Department) untuk selesaikan kerja-kerja yang belum selesai. Petang tu tak ada kelas. Pukul 5.15, Abah call.

"Nek dah tak dak."

Nek ialah panggilan kepada moyang ana. Ana bagitau Alia dan Najwa yang ada sekali dekat situ. Alia tanya ana ok atau tak. Ana angguk dan minta mereka teruskan kerja.

Beberapa hari yang lepas... Hari Isnin. Ana ada kuiz Istima' pukul 5 petang. Balik bilik pukul 6, terus solat Asar. Lepas solat, rasa tak sedap hati. Rasa ada yang tak kena. Ana menangis sorang-sorang. Tak tahu kenapa. Tapi terasa rindu pada Abah. I wanted to call him. But I forgot.

After performing Maghrib prayer, someone text me. It wasn't his fault but I became emotional. I'm really sorry for that.

Lepas Isyak, ana ada meeting. Ana call Abah tapi tak angkat. Dekat nak habis meeting, Abah call balik. Abah bagitau, "Nek is seriously ill. Abah Mama dengan Muiz nak balik esok pagi."

Ana terkejut. Ana menangis. Dan ana cakap pada Abah, "Patut la Ati rasa tak sedap hati petang tadi."

Hari Selasa malam, ana call Abah. Nak tau keadaan Nek. Abah kata nampak ok sikit. Abah nak balik hari Rabu tengah hari. Ana pun ok je la. Until I got the news on Wednesday evening...

Siapkan semua kerja. Dekat pukul 6 baru balik bilik. Lepas solat Asar, Mama bagitau tiket flight dah book pukul 9.55 pm from LCCT to Penang. And the journey begins...

Kemas-kemas barang apa yang patut, pukul 6.30 dah tunggu bas. Hujan agak lebat. Dekat pukul 7 tak ada bas lagi. Teksi pun tak ada. Pukul 6.50 macam tu baru ada teksi. Tahan je la. Kalau tunggu bas macam tak ada harapan. Jalan jem teruk sangat. Mula-mula ingat nak ke KL Sentral terus. Tapi trafik tersangatlah sesak. Minta pakcik teksi tu hantar ke stesen LRT Asia Jaya which is just 3 km from the campus. But it took almost one hour to get there. Pukul 7.50 baru sampai dekat stesen LRT. Kena bayar tambang RM 20. Duit dalam poket ada RM 24 je. Memang tawakkal habis.

Alhamdulillah sampai KL Sentral pukul 8.10. Dok fikir, kalau naik bas Air Asia, sempat ke sampai LCCT. KL sangat jem teruk waktu tu. Tengok-tengok KLIA Transit ada tren to Salak Tinggi then naik shuttle. Total RM 12.50. Keluarkan jugak la duit elaun yang makin 'menipis' dalam akaun. Kalau naik bas pun dah RM 10 tapi belum tentu dapat sampai on time. Tren bergerak pukul 8.30. Sampai stesen Salak Tinggi pukul 9 lebih. Punya la terkejar-kejar. Kena check in paling lewat 45 minit sebelum. Which means sebelum pukul 9.10. Abah kata kalau tak sempat, ana kena patah balik. Dalam bas dah menangis sorang-sorang. Allah je tahu. Zikir banyak-banyak. Doa "Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahla" meniti di bibir dengan mata yang berair.

Angah dah standby kat kaunter. Alhamdulillah lepas negotiate, boleh standby sampai 9.30. Ana sampai LCCT pukul 9.31! Berlari-lari masuk terminal. Mujur pakai jubah seluar. Alhamdulillah, selamat check in. Ingat kena patah balik dah tadi. Flight depart pukul 10.10. Sampai Penang Airport pukul 11.00. Abah Mama ambik. Singgah makan dekat Bayan Lepas dulu.

Dari Bayan Lepas melepasi jambatan, Abah drive. Lepas jambatan sampai ke Gurun, Mama drive. Dari Gurun ke Alor Setar, ana drive. Pukul 1 dah masa tu. Mama Abah ngantuk sangat. First time drive malam-malam buta, first time drive dekat highway PLUS. Sampai rumah Tok dah dekat pukul 2. Terus pegi tengok jenazah Nek. Lepas tu terus masuk bilik, solat jamak, dan rehat. What a day...

Esoknya, jenazah dimandikan pukul 9.30. Sampai masjid untuk solat jenazah pukul 11. Kebumi dah pukul 12. Lots of issues have been discussed dengan Mama Abah tentang pengurusan jenazah. Tentang budaya dan adat yang masih mengakar dalam kalangan masyarakat di sana. Itu kali ke-3 selepas arwah Wan meninggal pada tahun 2008, kemudian arwah Nek (yang lelaki) meninggal pada Ramadhan 2009. Perkara yang sama juga berlaku.

Ana tak mahu berbicara panjang. Cuma ana nak abadikan pesan Mama di sini...

"Nanti kalau Mama dah tak dak, Mama nak Ati dengan adik-adik yang mandikan..."

"InsyaAllah... Macam pesan Ustaz Don."




Ya Allah, bimbinglah kami menjadi anak yang soleh dan solehah yang dapat berbakti kepada orang tua kami di dunia ini sehingga ke akhir hayat mereka dan mendoakan mereka di akhirat sana.

Thursday, February 2, 2012

If u really CARE

3 comment(s)
"Kalau tak mampu meringankan, jangan pula membebankan."

Sibuk yang saya tak tahu mahu digambarkan bagaimana. Mungkin mereka yang 'sekapal' sahaja yang dapat merasa. Dan kami tahu, kami ada DIA. Tapi apa pun, kami tak sesibuk orang besar negara. Tapi cukup untuk dikatakan, jauh lebih sibuk daripada pelajar biasa.

Saling menguatkan. Saya sangat bersyukur bertemu mereka. Hakikatnya, kami sangat bersyukur dapat mengenali satu sama lain.

Raudhah Festival 2012. Event penuh dari pagi sampai ke lewat malam. Sambung pula awal pagi esoknya. Untuk tempoh seminggu. Anjuran Foundation Student Coordination Council (FSCC). Dan saya ditaklif menjadi Head Programme Coordination Bureau. TAKLIF bukan TASYRIF!

*****

"Alah nak menunjuk lah tu kata yang dia sibuk sangat."

Allah... Niat di hati mengharap ada yang simpati ataupun ada kata-kata yang dapat menguatkan semangat saat diri rasa terlalu penat, tapi lain pula yang dapat.

"Tak apa, Allah tahu." Bisik hati. Dan saya pun senyum membisu.

Alhamdulillah. :)

*****

"Iyalah orang tu makin sombong kan sekarang. Orang besar lah katakan. Sibuk. Jarang dah ada masa dengan kita."

Mahu atau tidak, saya rasa kata-kata tu macam masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Dan kemudian, saya lupa siapa yang katakan walaupun niatnya hanya bergurau. Banyak lagi perkara lain yang perlu diberi perhatian berbanding duduk memikirkan tentang perkara peribadi yang terlalu remeh sebegitu.

Ya, kecil di pandangan mata mereka. Tapi tak sangka, teman-teman 'sekapal' merasakan perkara yang sama. Dan kami tahu kami tak bersendirian.

Alhamdulillah. :)

*****

Tertidur dalam kelas. Terlelap. Terlentok. Perkara biasa rasanya. Tapi saya tertidur sepanjang ustaz bersyarah di depan. Sejam. Kembali ke dewan untuk sambung kerja, kongsi cerita dengan mereka lagi. Sama. :)

Konklusinya, tak lena langsung tidur kami. Rasa bersalah yang teramat pada guru. Nak bertahan dengan keadaan 'celik', Allah sahaja yang tahu mujahadahnya bagaimana. Tidur malam cuma 3-4 jam. Tanpa rehat langsung di siang hari kecuali makan dan solat. Itupun ekspres.

Disebabkan dah tertidur sampai ke penghujung kelas, maka saya yang terakhir mengemas barang untuk ke kelas seterusnya. Hah, ditinggalkan berseorangan. Tak ada yang tunggu pun.

Sampai ke kelas seterusnya, ada pula yang kata. "Sedapnya tengok Zati tidur kat belakang tadi. Best la kan ustaz tak nampak." Allah... Engkau lebih tahu kan?

Senyum lagi. Tenang.

Alhamdulillah. :)

*****

Memang. Empati tak mudah. It's not that easy to put yourself in somene else shoes'. Tapi sekurang-kurangnya, saya, KAMI, tak keseorangan. Kami penat sama-sama, kuatkan masing-masing pun sama-sama. Never blame anyone, never blame each other.

Dan saya kembali teringat apa yang saya selalu pesan pada diri dan kawan-kawan.

"Bertindak secara rasional, bukan emosional."

Saya tahu tak mudah nak cari sahabat yang ALL THE TIME akan support kita, encourage dan beri everything yang positif pada kita. Nak cari sahabat yang SETIA pun sangatlah susah.

Bila kita penat, dia kuatkan semangat. At least, just say "Kesiannya kau..." yang datang dari hati, itu pun dah lebih dari cukup. It shows that you really CARE.

Dan kalau tak mampu meringankan, jangan sesekali membebankan. Walaupun dengan kata-kata.

"Eleh sensitif lah pulak dia ni..."

Saya tahu saya tak keseorangan. Orang penat memanglah sensitif. Kalau tak mampu sampai tahap empati, simpati pun cukuplah. :)

*****



Akhirnya berjaya membuat 'curian' masa sebelum tidur. Sekadar perkongsian. Sebab tengah 'fresh' lagi jadi siang tadi. Bukan mahu mengungkit kesalahan sesiapa. Tapi mahu mengajar subtopik EMPATI di sini. :)

Dan pada hakikatnya, pesanan ni semuanya untuk diri saya kembali. Bila saya terlupa, saya akan merujuk kembali apa yang telah saya katakan. Kerana pada kebanyakan masanya, saya selalu termotivasi dengan kata-kata yang saya sendiri pernah ucapkan pada diri sendiri. Tak salah kan? So, BE POSITIVE!

Say...

SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WA LA ILAHA ILLALLAH WALLAHU AKBAR!

Thanks for reading, ya habibati. :)


ps - Allah, terimalah gerak kerja kami sebagai amal ibadah kami kepada-Mu. Walaupun kami tahu, amanah yang terpikul itu tidaklah sesempurna mana. Tapi kami berusaha untuk lakukan yang terbaik, kerana kami tahu amanah itu akan Engkau persoalkan di akhirat kelak. Allahumma amiin...

Thursday, January 12, 2012

Izinkan.

1 comment(s)



Bismillahirrahmanirrahim.

Izinkan aku ya Allah ya Rahman ya Rahim.
Izinkan aku menjadi yang terbaik buat sang suami dan keluarganya,
Bila tiba saatnya,
Biar siapapun dirinya,
Dan bagaimanapun keluarganya.

Aku mungkin menjadi miliknya,
Kerana syurgaku ada padanya,
Dan redha Tuhanku bersama redhanya.

Tapi belum tentu dia menjadi milikku,
Kerana syurganya ada pada ibunya,
Dan redha Tuhannya bersama redha ibunya.

6 Dis 2011



ps - tersimpan kemas dalam draf. maaf atas ke'bisu'an yang melanda. muhasabah dan refleksi diri tahun 2011, juga azam 2012 perlu kemas dirancang. TERLALU banyak yang berlaku, membuatkan saya bisu dan kaku mahu mengetuk papan kekunci di sini. Allah, peluk aku jangan Kau lepas!

Thursday, December 8, 2011

Puding Roti

4 comment(s)
Bismillahirrahmanirrahim.

Yang kali ni khas untuk Cik Syafa. Sebab dia dah bising-bising sangat minta hapdet belog. Padahal tak bersawang lagi pun. Disebabkan cuti ni dia dan ibunya baru beli oven, maka akak nak hadiahkan kamu resepi ni. Buat tau nanti! ^^

Puding Roti


Bahan-bahan:
6 keping roti
1 sudu besar butter
1/2 cawan gula perang
1 sudu besar tepung (ana guna tepung naik sendiri)
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 1/2 cawan susu cair
2 sudu besar madu
1/2 cawan kismis (optional)



Cara-cara:
1. Panaskan oven dengan suhu 180 darjah celcius.
2. Potong roti menjadi kiub-kiub kecil. Sekeping roti potong 16.
3. Gaul gula dengan butter sampai sebati dalam mangkuk lain, pakai whisk. (whisk tu pemukul telur.)
4. Masukkan telur dan kacau sampai sebati.
5. Masukkan tepung, esen vanilla, dan madu.
6. Masukkan susu cair sedikit demi sedikit.
7. Masukkan roti yang dipotong tadi ke dalam adunan. Gaul sampai semua roti disalut adunan tadi.
8. Biarkan roti tu kembang. Lebih kurang 5 minit.
9. Sapukan butter pada loyang dan tuangkan adunan tadi ke dalam loyang.
10. Taburkan kismis atas adunan. (nak gaul sekali dalam adunan pun boleh.)
11. Bakar selama 45 minit.
12. Sedap dimakan semasa masih panas bersama kuah kastard. :)



Kuah kastard:
1 1/2 cawan susu cair
2 sudu gula
2 sudu tepung kastard

Cara-cara:
1. Masak susu dengan gula atas api sederhana sampai panas. (agak-agak gula dah cair.)
2. Masukkan tepung kastard yang dah dilarutkan bersama sedikit air. (masukkan sikit-sikit, takut terlebih nanti pekat sangat jadi puding kastard pulak. :D )






ps - resipi dicedok dari sini. *jazakillah ukhti!*

pps - first time kongsi resepi. sebab kawan ana pesan jangan tunjuk pandai sangat masak, nanti mak mertua demand. dan kawan ana tu dah kawin. disokong pula oleh rumet-rumet yang masih bujang. hehe. :D *perasan*

ppps - maaf gambar tak cantik. sebab pakai kamera fon je. 2.0 mp tanpa flash. *syukur*

Friday, December 2, 2011

Sebaik-baik Pendosa

1 comment(s)
Setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat (dari kesalahan tersebut).
- Al-hadith

Malamnya syahdu
Air mata taubat mengalir menderu-deru

Bangun pada siangnya
Dengan janji takkan mengulangi silap dulu lagi

Tapi, bila petang datang
Taubat dan janjimu itu kau mungkiri!

Allah...

Monday, November 28, 2011

Jodoh?

10 comment(s)
I asked her,

"If someone proposed you, and you know that someone else is longing for him, would you accept him?"

"Nope."

"Why?"

"Because..."

Tergesa-gesa atau Segera?

5 comment(s)
Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Baru ada mood nak update sebab 2 hari lepas sempat menghadiri kenduri kahwin saudara di Gombak. :D

Teringat kembali perbualan semasa sedang makan di majlis kenduri tempoh hari...

"Ma, betui ka pengantin perempuan tu umoq 18?"

Mama jawab, "Ha la. Tak caya tanya Paklong."

Paklong jawab, "Ha betui la."

"Ha? Lagi muda dari Ati tu."

Paklong tanya pulak, "Umoq berapa?"

"19." Sambil sengih.

"Boleh dah la. Tak payah simpan lama-lama noh." (Tak faham sangat part ni.)

Paklong tanya lagi, "Ada dak lagi?"

"Tak dak." Sengih lagi.